....:::::Album Kenangan::::::......

Rabu, 27 Mei 2009

Terima Kasih Guru « Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman


Khamis, 14 Mei 2009

Nk g mane ni?


Sempena sambutan hari ibu ni, my hubby dah sponser wt facial. tengok la nie................

TQ papa...



Isnin, 11 Mei 2009

Tak sabo nak balik kampung laaa.......




Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu untuk seluruh ibu di Malaysia. Dedikasi Hari Ibu khas untuk Ibu Mertuaku Puan Hjh Azizah Bt Judi (sama tu name) di Tebuk Mufrad Sabak Bernam. Sabarlah di atas segala ujian Allah. Segala jasa dan bakti mak tak kan dapat anak-anakmu balas. susu yang mak beri hingga anak-anakmu menjadi manusia yang boleh berbakti kepada anak bangsa tak ternilai harganya.

Buat ibuku Allyarhamah Umi bt Hj Mohd Amin, kudoakan semoga rohmu diletakkan di kalangan insan yang kamil. kenangan indah bersama ibu serasa baru semalam berlalu. sesekali kenangan itu menghembus lembut di angin lalu. usia 9 bulan 10 hari ku di dalam kandunganmu amat singkat rasanya. ku diusung ke mana sahaja. waktu susah waktu senang kau belai diriku. hujan atau panas, kau tidurkan anakmu ini.

Cukup sudah tempoh itu, aku ibu lahirkan ke dunia. uuwaaaahhhhhh...... itu je yang anakmu ini tau. ku dijaga dibelai dididik diasuh dibimbing diajar dipimpin. kau lah ibu terbaik buat diriku. seekor nyamuk pun tidak kau benarkan menitip tubuhku. sekelumit habuk pun tidak kau benar singgah meratah tubuh diri ini. secicip dahaga dan lapar tidak pernah menjenguk diriku.

Ibu boleh mengurus kami 10 beradik. Ibu,,,,,,, hanya doa yang dapat aku kirim buat roh ibu. Semoga ibu abadi di alam sana. Rindunya pada ibu...........Umi. genap 9 tahun, ayah pula menyusul ibu. Semoga kalian bertemu disana.......Buat Ayah Allahyarham Hj Jamsari B Samadi .... Aminnnnnnnn.....

Sabtu, 9 Mei 2009

JAMUAN KELUARGA


Hari ni, awal2 pagi kita orang dah bersiap nak g simpang renggam umah abang. ada buat kenduri arwah, doa selamat sempena dia nak g umrah hujung bulan nie. sebelum tu sempat la singgah ke pasar peladang kt skudai beli buah tangan sikit. ha ha ha , mcm hepy sangat la dapat kumpul adik beradik ramai2.


gambar kat atas nie masa tengah masak daging bryani dan goreng ayam.
tengok nie, menu yang paling menyelerakan, daging bryani, dalca, nasi bryani (beras faiza herbaponi tu, panjang) tapi belum siap lagi kita orang buat bryani darat jer.

gambar nie berkumpul bersama adik-beradik dgn anak-anak masing2 tunjuk bakat main carom sambil sembang-sembang.




pukul 10mlm kami dah sampai rumah at Taman Perling. kendurinya petang lepas solat asar tadi, kemas2 malam jugat baru bertolak balik perling.
sekian catatan hari ini 9 mei 2009. Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar ibu.
.

Khamis, 7 Mei 2009

CERITA LOO SIEW WAI


ada sorang budak cina,
namanya loo siew wai,
hari-hari je aku nak menyingaaaaaaa,
menghadap dia punya perangai,

tapi budak ni bijak,tulisan dia plak sebijik sebijik, memang cantik lah. bdk ni tak tau lah fesyen ape lah. dah lah rambut mcm tempurung kelapa. bdk2 kata "cikgu rambut sew wai macam buah tembikai kena potong dua" (ala bdk dajah 1 mana tau nak ckp fesen rambut).

dia paling suka main pembaris panjang "teacher, teacher look at me, I want to be a superhero like this .......wrgghhhh dia wt cm samuraiiiii.. pas tu dia dok kejap wat keja. dia wat keja x sampai 10 minit dah siap. 10 ayat isi tempat kosong dengan kata adjektif dia wat dgn selamber je. tapi nak dptkan 10 minit yang bermakna tu Ya Allah .........

pas tu dia jalan lagi. dia jumpa buku tntg kambing biri-biri takluk dunia. dia pun kata techer, teacher I want to be like this sheep. I can look this earth from the moon. I can eat every thing (speking je dia ni) I can big like dinosaure. teacher. do you like me if I big like dinosaure???? like sew wai

ngarut je lah. tp ini imaginasi dia. dlm diam dia suka membaca sesuatu. pas tu dia akan imaginasikan..............

Rabu, 6 Mei 2009

LATIH SAHIBBA


pagi ni, pagi2 lg latih budak sahibba. sorang jer nak bawak tapi amik lah dua org blh dia buat hot ckt. last2 pilih Ikram. ok gak tgk dia main. tapi balik umah ko kena baca kamus lah. blh tambah perbendaharaan kata (cewah.......cm nak wt tesis plak kna wt revisen). tgk Putra cm kecewa. kesian dia.. tp x pelah dia dah tolong kawan dia.

aku kecik2 dulu x tau pun sahibba tu binatang ape. dah tua bangka ni jadi cekgu kna plak jadi guru penasihat kelab sahibba. nak tau cm ne. masa kecik2 aku main getah. ceper. batu seremban. main parit. main masak2. teng-teng. bdk la ni tak tau benda2 tu semua. depa tau main game game game. masa peksa pun jawab cam depa main game (tak lah sume).

eh ngarut ape plak. terkenang semasa dulu.
kalau kenang2 blk, seronok zaman kecik2. keluar masuk kebun cari buah kuini, panjat pokok cari buah jambu (cm anak jantan, x tau malu pun. blh plak lawan sape paling terror panjat pokok sampai kat hujung dahan )kalah super man ke cicak man ke kluang man ke batman.

yg paling best main kawin2. selit bunga kuning kat kepala (ala mak tanam) ptg je balik umah mak dah tunggu. dah nak magrib, lm mandi nah g ngaji bla bla bla. time tu gak terjun dalam kolam. x sampai 2 minit dah siap.I'm ready go to ngaji......tapi pak we 2 skrg dah jadi lecture dah. dah kawin pun. dpt org obersi. kalau jumpa la ni, malu ah.

Ahad, 3 Mei 2009


hahhhhh cuti 3 hari dh berakhir. sok mula lh minggu baru bulan baru. dok kt umah, anak-anak pun naik boring. mama ngan papa jadi tarzan. kakak mcm2 benda keja dia nk wt tapi keja sekolah tak siap lagi. cm ne nak siap, adik asyik kacau je. jap kap kakak jerit "mama!!!!!!!tengok adik ni!!!!!!!!!!!!!!!


kesian kakak.......asyik jadi mangsa buli adik jer.nk wat ape2 tggulah adik tdo. kalau x, adik amik kaler lah, amik pemadam lah, amik pensel lah. pendek kata kacau kakak je lah. tapi adik tdo kakak pun tdo. hai, kakak kakak????????????????//


adik plak tak reti dok diam. wt selamber dia je. kakak ada brg "ingok(tengok)". kakak tgok dia ckit, "piiiiiiiii(tepi)". bila lh anak2 mama nak hdp rukun damai...... tgk je papa pakai bj lawa ckit "itut(ikut)".

mama plak dah 5 hari nak siapkan bebelan ni asik postpon jer. nak kata x d masa, ada 24j satu hari. nak kata banyak keja, x siap2 pn yang ada tu. pendek kata dah postpon lah. hai anak2 mama, semoga anak2 mama beso dgn sempurna. blh jaga diri. blh jaga mama dan papa bila kami tua nanti. okay sayang.................



SAMBAL BELACAN GORENG BERSAMA BELIMBING BULUH


Menu hujung minggu ni. bukan malas nak masak tetapi teringin masakan zaman dulu-dulu. masa tu kami sekeluarga miskin sangat jadi makan ajer apa yang ada janji halal. Maklum jer la 2-3 hr nie makan kenduri menikmati pelbagai lauk ayam n daging. rasa macam dah muak sangat la.


SAMBAL BELACAN GORENG BERSAMA BELIMBING BULUH.


bahan-bahan:

3 ulas bawang besar (dipotong nipis2)
segenggam ikan bilis (direndam)
6-7 biji belimbing buluh (dipitong panjang-panjang)
8-9 biji cabai melaka (ikut suka pedas bagi lebih)
seinci belacan dan minyak untuk menumis.


cara menyediakannya.


tumbuk cabai bersama dengan ikan bilis sehingga lumat, masukkan belacan dan tumbuk sehingga rata. panaskan minyak, tumis kan bawang besar sehingga kekuningan, masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau sedap dan wangi. masa 2-3 minit dan sedia untuk dihidang. (tak perlu tambah garam kerana belacan telah cukup masin).

sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas.



selamat mencuba.................

musim buah-buahan




hai kengkawan. g mene cuti 3 hr ni? saya sekeluarga sempat la jengah kampung. tengok pic kat sebelah nie. musim buah dah tiba, tinggal tunggu masa jer. pulasan dah mula membesar tunggu ranum jer.

kalau ada rezeki balik hujung bulan 5 ni dah boleh makan buah la. maklumla, kita jugak yang tanam dulu, sekarang ni tinggal kita yang ader bagi anak-anak maka.

kepada kengkawan yang tak pernah makan pulasan ni, jemput-jemput la datang kalau tak malu......... ha ha ha ha ha........




......