....:::::Album Kenangan::::::......

Ahad, 3 Mei 2009

SAMBAL BELACAN GORENG BERSAMA BELIMBING BULUH


Menu hujung minggu ni. bukan malas nak masak tetapi teringin masakan zaman dulu-dulu. masa tu kami sekeluarga miskin sangat jadi makan ajer apa yang ada janji halal. Maklum jer la 2-3 hr nie makan kenduri menikmati pelbagai lauk ayam n daging. rasa macam dah muak sangat la.


SAMBAL BELACAN GORENG BERSAMA BELIMBING BULUH.


bahan-bahan:

3 ulas bawang besar (dipotong nipis2)
segenggam ikan bilis (direndam)
6-7 biji belimbing buluh (dipitong panjang-panjang)
8-9 biji cabai melaka (ikut suka pedas bagi lebih)
seinci belacan dan minyak untuk menumis.


cara menyediakannya.


tumbuk cabai bersama dengan ikan bilis sehingga lumat, masukkan belacan dan tumbuk sehingga rata. panaskan minyak, tumis kan bawang besar sehingga kekuningan, masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau sedap dan wangi. masa 2-3 minit dan sedia untuk dihidang. (tak perlu tambah garam kerana belacan telah cukup masin).

sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas.



selamat mencuba.................

0 ulasan:

Catat Ulasan