....:::::Album Kenangan::::::......

Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu untuk seluruh ibu di Malaysia. Dedikasi Hari Ibu khas untuk Ibu Mertuaku Puan Hjh Azizah Bt Judi (sama tu name) di Tebuk Mufrad Sabak Bernam. Sabarlah di atas segala ujian Allah. Segala jasa dan bakti mak tak kan dapat anak-anakmu balas. susu yang mak beri hingga anak-anakmu menjadi manusia yang boleh berbakti kepada anak bangsa tak ternilai harganya.

Buat ibuku Allyarhamah Umi bt Hj Mohd Amin, kudoakan semoga rohmu diletakkan di kalangan insan yang kamil. kenangan indah bersama ibu serasa baru semalam berlalu. sesekali kenangan itu menghembus lembut di angin lalu. usia 9 bulan 10 hari ku di dalam kandunganmu amat singkat rasanya. ku diusung ke mana sahaja. waktu susah waktu senang kau belai diriku. hujan atau panas, kau tidurkan anakmu ini.

Cukup sudah tempoh itu, aku ibu lahirkan ke dunia. uuwaaaahhhhhh...... itu je yang anakmu ini tau. ku dijaga dibelai dididik diasuh dibimbing diajar dipimpin. kau lah ibu terbaik buat diriku. seekor nyamuk pun tidak kau benarkan menitip tubuhku. sekelumit habuk pun tidak kau benar singgah meratah tubuh diri ini. secicip dahaga dan lapar tidak pernah menjenguk diriku.

Ibu boleh mengurus kami 10 beradik. Ibu,,,,,,, hanya doa yang dapat aku kirim buat roh ibu. Semoga ibu abadi di alam sana. Rindunya pada ibu...........Umi. genap 9 tahun, ayah pula menyusul ibu. Semoga kalian bertemu disana.......Buat Ayah Allahyarham Hj Jamsari B Samadi .... Aminnnnnnnn.....

0 ulasan:

Catat Ulasan