....:::::Album Kenangan::::::......

Isnin, 31 Ogos 2009

PERSIAPAN RAYA...........


Semalam sempat la jenguk kat pekan pontian. nak tau apa yang kita orang beli??? layannn.....................











..

Rabu, 26 Ogos 2009

NASI AMBENG, WARISAN BERZAMAN..........


Nasi Ambeng nie berharga RM5 di bazar ramadhan Pekan Sg Besar. memang berbaloi la dengan apa yang ditawarkan. ayam masak kicap pelah 4 jer, nasi putih, sambal goreng, serunding, ,ee goreng, ikan kering, kerabu. 2 orang makan baru habis.


Sabtu, 18 Julai 2009

TAG DARI CIKGU SITI JB


1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???

sepasang yang comel n cute serta bijak.


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

tak der ah. dah ok ler nie.



3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??

Norlailatul Qadariah : cahaya malam yang menjanjikan seribu kebaikan.

Muhammad Zakwanuddin : orang yang pandai berbicara tentang hal2 Agama.




4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??


Norlailatul Qadariah: kalau tak bukan name nie, kita orang memang tak rancang pun,

tapi nak dijadikan cerita, dari JB sampai sabak bernam tak nak keluar jugak, 1 malam kat hospital sabak bernam, last2 g teluk intan sehari lg tunggu pastu nak sambil sayup kedengaran azan magrib(berbuka puasa) maka keluarlah (ceaser) kebetulan malam 21 bulan ramadhan. Mbah edok (mak mertua@neneknya sebelah papanya) yang pilih nama nie.


Muhammad Zakwanuddin: dah dekat seminggu tak de nama lagi pastu papanya nak bagi nama muhammad zakwan tapi abang wan tambah lagi panjang.


5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??

Dah jawab kat atas.



6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri??

Ikut keadaan dan faktor semasa. tak terfikir lagipun.



7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???

cukup lah apa yang ada. yang penting kualiti bukan kuantiti, tapi kalau Tuhan nak bagi lagi kami terima dengan hati terbuka. my hubby nak 4 kalau boleh.



8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?


3 tahun


9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakansebabnya??

tak kisah sangat, janji sihat dan cukup sifat.


10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??

semua macam papanya, yang kakak muka mcm papanya, body pun rangka besa tapi slow sikit coz kena demam panas masa 3 tahun.

zakwan memang bukan potostat lagi, reso dari papanya cuma dia agak cerah sikit la, kalau papanya dah nak maghrib dia cuaca masih pukul 4 petang la.




11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger